
Sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru dah. Lagi beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru 2012. Sempena tahun 2012 ni aku buat serba sedikit perubahan pada blog ni.
Pertama sekali aku tukar nama blog ni daripada My Life (",) kepada Mrdaha Online Blog. Aku berblogging sejak tahun 2008 lagi dan time baru mula-mula blogging tu main bedal je nama blog iaitu My Life (",). Sedar tak sedar dah 3 tahun dah aku kat dunia blogging ni.
Walaupun lama, tapi aku still noob lagi. Masih byk benda yang tak belajar lagi. Aku yakin dengan penukaran nama blog ni akan memberi sedikit kesan kepada Search Engine Results Page (SERP) aku kat Google. Iyela, dulu blog nama lain, sekarang nama lain, memang pakcik Google, makcik Yahoo dan sepupu Bing tak jumpa la blog aku ni. Ha3.
Aku pun dah tukar template blog Mrdaha ni. Cuba pergi kat Homepage untuk lihat. Tak tahu la ok ke tak. Rasanya ok je kot sebab nampak macam "canggih" je. He3. Kat sini aku tunjuk kat korang template lama blog ni. Ni kira Template Blog Mrdaha Tahun 2011 la.. =D

Amacam? Lain tak dengan template sekarang? =D
Untuk tahun 2012 dan tahun-tahun akan datang, Mrdaha Online Blog akan fokus kepada 4 aspek utama iaitu Daily Entertainment, Blogger Tips, Tricks and Tutorials, Tips SEO dan Traffic and Pagerank.
Aku akan cuba update setiap hari dan berkongsi tips-tips terbaru mengenai blog kat korang. So, kalau rajin tu singgah la blog ni sekali sekala. Kalau sudi nak Exchange Link pun boleh. Sampai sini jela, jumpa lagi! =D

No comments:
Post a Comment