Pemilihan Logo dan Moto Group Blogger Malaya (Contest)

Seperti yang kita tahu, Group Blogger Malaya kini semakin mendapat perhatian. Malah, blogger Anonymous yang feymes tu pun siap rekomen lagi Blogger Malaya kat blog dia. Group Blogger Malaya kini walaupun mempunyai ahli seramai 320+ orang, ramai blogger-blogger yang sering online memberi pendapat dan bantuan kepada blogger-blogger lain yang mempunyai masalah atau ingin bekongsi link blog mereka bagi tujuan promotion dan tingkatkan traffic ke blog mereka.

Oleh itu, admin-admin dan ahli-ahli di group Blogger Malaya telah sebulat suara dan setuju untuk menukar "LOGO" dan "MOTO" Blogger Malaya supaya nampak lebih gempak dan stylo.

Semua blogger dijemput untuk menyumbangkan idea dan kreativiti bagi Design Logo dan juga Moto baru Blogger Malaya! Logo dan Moto yang terpilih akan memenangi "HADIAH MISTERI" daripada kami.

Masa ni la korang nak tunjukkan Kreativiti dan Idea korang kat para blogger lain. Tarikh tamat penyertaan adalah pada 20 February 2011.

Cara nak Join :

1. Buat 1 entry dengan tajuk: Pemilihan Logo dan Moto Group Blogger Malaya (Contest) - (Optional)
2. Join Group Blogger Malaya - (Wajib)
3. Upload Gambar Logo yang di-design oleh anda beserta dengan Moto di wall group Blogger Malaya.-(Wajib)
4. Bagi yang ada blog boleh la post di dalam entry dan upload juga di wall Blogger Malaya untuk dipantau.


Selepas tarikh tutup penyertaan, Logo dan Moto yang terpilih akan berada di Blogger Malaya - Undian bagi memilih Logo dan Moto siapa paling menarik dan sesuai digunakan.


Antara Contoh Logo Dan Moto Blogger Malaya

Ok, kat bawah ni adalah antara beberapa contoh Logo dan Moto yang telah di-design dan direka oleh ahli-ahli Blogger Malaya. Korang boleh lihat gambar-gambar dan contoh moto kat bawah ni sebagai rujukan. :)

Contoh Moto:

"GEGARLAH MALAYA PABILA BLOGGER BERSATU"
"APABILA BLOGGER BERSATU BERGEGARLAH MALAYA"
"BLOGGER MALAYA THE BEST"

Contoh Logo:







Macammana?? Teruja tak?? Jom la try Design Logo Blogger Malaya dan Moto dia. Bangga beb kalau banner kita digunakan sebagai Logo Group kat Facebook. =D



No comments:

Post a Comment