Kenapa Perlu Sambut Hari Valentine?

Macam-macam sekarang ni. Tiap-tiap tahun pasti ada blogger-blogger yang membincangkan isu Hari Valentine ni. Dan sudah tentu, pasti ada yang menyokong dan membangkang sambutan Valentine Day.
Pada pendapat aku, sebagai seorang lelaki, aku rasa tidak perlu la menyambut Hari Valentine ni.. Apa tujuannya nak sambut?? Kenapa perlu gunakan Hari Valentine sebagai masa dan waktu untuk berjiwang-jiwang, romantik-romantik dengan pasangan kita??

Aku rasa, tidak perlu hanya pada Hari Valentine untuk kita menghargai pasangan kita. Setiap hari kita kena hargai dia, berikan dia hadiah, bunga dan apa-apa la untuk menggembirakan hatinya. Kalau setakat Hari Valentine je nak jiwang2 karat baik tak payah. Tu berpura-pura namanya. Sama macam sebelum kahwin baik, romantik, selepas kahwin terus buat tak layan je.


"Kelebihan" Menyambut Hari Sambut Valentine:


  • Menjurus ke arah maksiat.
  • Membazir duit poket nak belanja awek/pakwe korang.
  • Buang tenaga dan masa.
  • Dipandang serong oleh orang lain sebab bajet ko la paling romantik.
  • Terpaksa ponteng kerja sebab nak pergi date dengan awek.
  • Rasa tak best sebab ramai orang benci orang sambut valentine dan pandang ko semacam.

Tapi takpe.. Ala, Google sendiri pun sambut Hari Valentine jugak.. :D


No comments:

Post a Comment