Kecewa Dengan Rakan Exchange Link


Ok, setelah aku check balik link-link di Mrdaha Exchange Link, rupa-rupanya dah 30 lebih blogger yang buang link blog aku dari bloglist mereka. Ini serba sedikit memberi kesan kepada Pagerank blog aku ni. Mungkin ini salah satu sebab Pagerank blog jatuh daripada Pagerank 3 kepada Pagerank 2 sahaja. Hm.. aku tak tahu nak cakap apa tentang ni. Adakah salah aku kerana tak update blog selama 2-3 bulan dan mereka anggap yang aku dah stop berblogging?? Aku tak pernah stop berblogging. Cuma beberapa bulan ni aku busy sedikit dengan praktikum dan assigment.

Pada pendapat aku la, kalau dah tukar link tu kena la konsisten. Jangan kejap letak jap buang. Yang aku kecewa tu sebab aku tak buang pun link mereka. Kenapa link blog aku dibuang pula? Kalau nak tukar template tu sila la backup dulu senarai exchange link. So, bila dah tukar template, boleh la letak balik link-link tu.

Aku tak pernah buang link rakan blogger yang exchange link dengan aku. Walaupun blog dia merepek, lama tak update aku tetap simpan link dia sampai bila-bila. Aku malas nak berleter panjang. Korang paham-paham la sendiri adab nak exchange link.

No comments:

Post a Comment