Hahahaha.. memang padan dengan muka aku. Memang salah aku pun sebab dah berbulan-bulan tak update blog, trafik makin hari makin sikit, backlink berterabur, blog kucar kacir tak tentu hala, dah memang sah-sah la Pagerank akan jatuh. Aku sebenarnya dah boleh agak dah yang pagerank aku ni nak jatuh sebab aku punya Alexa Rank daripada 415,725 jatuh kepada 1,836,368. Jauh beza tu! hampir 4x ganda perbezaan Alexa rank aku yang dulu dengan sekarang.
Tapi Pagerank jatuh bukan bermakna "Its the End of the World". Ia cuma bermakna yang aku perlu bekerja lebih kuat lagi untuk memantapkan blog ni. Ala, blog aku ni pun bukannya hebat sangat pun. Aku tak jual ads space macam blogger-blogger lain, aku tak letak iklan nuffnang, adsense dan sebagainya pun. Dulu ada la, tapi aku remove dah semuanya.
Aku rasa teruja pula bila Pagerank blog ni jatuh. Bila dah jatuh secara tiba-tiba ni yang membuatkan aku semangat nak naikkan dia balik. Tapi setakat Pagerank 3 tu mudah je kot nak dapat balik. Aku nak target Pagerank 4 or 5 pula by the end of the year 2012. So, berjaya tak aku? Kita tunggu dan lihat.. =P
Goodbye Pagerank 3.. (",)
I'll see you again next year...
Oh, maybe I'll find Pagerank 4
Cuz you left me first, jerk! :P
No comments:
Post a Comment