Lecturer Tak Rasional

Kali ni entry lepas geram pulak. Aku memang tgh sakit ati ni. Tadi aku check la markah coursework aku. Ada satu subjek tu aku dapat markah 9/20! Err.. teruk giler!!


lecturer tak ada hati perut


Then aku pun tanya la kawan-kawan aku, majoriti semua dapat teruk. Tapi ada sorang tu dapat markah full, 20/20. Then ada tu 19/20, 18/20. Aku pun terpikir, bodoh sangat ke aku ni? Teruk sangat ke kerja yang aku buat tu? Yang paling gempar sekali tu, ada sorang kawan aku dapat markah 4/20!! HUH?? Giler ke apa??

Setahu aku la.. Kalau lecturer ni dia ada la markah tersikit dan markah terbanyak. At least kalau la markah full tu 20. Paling kurang bagi la 15, paling tinggi 19.. Maknanya Gap antara markah tu tak banyak.

Ini tak, Kawan aku sorang dapat markah 4/20, sorang lagi 20/20. Jauh betul beza dia. Yang 4/20 tu pun aku tak taw paling lowest ke tak. Entah-entah ada org dapat 1/20.

Aku tahu la lecturer tu ada kuasa besar, dia paling hebat, dia paling berkuasa, nak bagi lulus ke fail ke semua kat tangan dia. Tapi at least consider la sikit perasaan kami semua.

Aku rasa isu Lecturer pilih kasih, lecturer berat sebelah, lecturer tidak adil, lecturer gila kuasa, lecturer ajar merepek dah jadi isu biasa dah sekarang ni. Aku tak mahu la nak cerita panjang lebar lagi. Kata orang nak dapat markah baik kena berbaik dengan lecturer. Well, maybe aku tak cukup baik dengan lecturer tu. Tapi kalau dapat markah tinggi sebab baik dengan lecturer watpe??? Semua tu Hipokrit! Politik! Tapi apakan daya... Dah budaya kita macam ni kan.. Sampai bila pun tak berubah.



.

No comments:

Post a Comment