Salah Ke Perigi Mencari Timba?

Aku menyahut cabaran BroFramestone tentang isu Salah ke Perigi Mencari Timba. Isu ini dicetuskan dari blog Ery Farieda.
perigi mencari timba, salah ke perigi mencari timba, broframestone perigi mencari timba, eryfarieda perigi mencari timba

Ok, aku pernah menulis tentang isu di pada 15/9/2009 di dalam entry Rasional Perigi Mencari Timba. Isu ini memang hot dan aku menerima banyak komen mengenai isu ni di dalam entry berkenaan. Sebab tu aku rasa nak buat lagi entry mengenai isu ni.

Sekarang dah pun tahun 2011. Wanita memang ternyata lebih ramai dari lelaki. Contoh, di Instituti Pengajian Tinggi, kat Town, dan di mana-mana sahaja, ramai betul perempuan. Ini lah dia tanda dunia di akhir zaman.

Bercakap mengenai isu perigi mencari timba ni, pada pendapat aku la, ianya TAK SALAH. Kenapa aku cakap tak salah? Sebab di dalam percintaan, kita kena la berani dan cepat! Kalau perempuan tu suka kat laki tu tapi malu sangat nak berterus-terang, nanti melepas weh!

Apa la yang nak dimalukan jika perigi tu mencari timba dulu? Bukan ke korang pernah dengar yang ada perempuan melamar lelaki dan ada juga perempuan yang meminang lelaki. Apa? salah ke kalau perempuan mengambill tindakan dulu? malu sangat ke? jatuh maruah ke? Kebahagiaan itu perlu dicari, Jangan harap nak dapat kebahagiaan dengan duduk tak buat apa. Perempuan juga kena la bertindak, jangan nak harap si lelaki je bertindak.

Bro Framestone ada tulis, perigi yang tidak digunakan akan digunakan sebagai tempat ngangkung. Aku gelak guling2 kot baca ayat tu. Tapi bila renung-renung balik, ada isi tersurat kat dalam tu. Mungkin ianya merujuk kepada andartu.. Jika sudah berumur tapi masih belum berkahwin, sudah pasti ramai orang tertanya-tanya, tak lupa gak pada orang yang mengeji, mengutuk dan bergossip mengenai gadis itu. Dan yang paling teruk, si timba jadikan perigi tu tempat "ngankung" sahaja.. So, renung-renungkan la ye.. buang la ego tu. Tidak salah pun kalau perigi cari timba.

Ada macam-macam perigi dan berbagai jenis dan bentuk timba kat dunia ni. Yang perigi kena la hati2 dengan yang timba k. Mcm Bro Framestone cakap, Habis air di perigi ini, timba boleh pergi ke perigi lain. So, kena la hati-hati k. Jagalah maruah dan harga diri masing2.. jangan la biarkan si timba tu senang2 je curik air kat perigi awak tu. Nanti air dah tak da, timba mana nak singgah lagi? Mungkin korang boleh tutup perigi tu dengan daun pokok kelapa.. Tapi bila tiba masa si timba nak amek air, semuanya terbongkar.. time tu jangan nak menyesal la k.

Zaman sekarang ni memang susah nak cari lelaki yang baik, kalau jumpa tu sila rembat cepat2 ye. Jangan la nak tunggu si timba tu cari korang plak. =D

No comments:

Post a Comment