Ok, Penggunaan frame di dalam banner memang dah lama digunakan oleh para blogger sekalian. Tapi dituduh mencuri traffic adalah satu penghinaan bagi aku. Aku nak Tanya satu soalan, korang tau ke apa tu traffic? Apa tu backlink ? inbound link ? outbound link ? reciprocal link ? Kalo tak tau pergi search kat Google untuk lebih memahami entry ini.
Secara jujurnya memang aku dapat traffic bagi yang exchange link dengan aku. Tapi aku TAK CURI. Aku juga BERI traffic kepada blogger yang exchange link dengan aku. Buktinya?? Korang tengok sendiri bukti traffic yang aku beri kat bawah ni. Aku tak dapat cari banyak tapi cukup la ni sebagai bukti.
Bukti dari Blogger lain yang share traffic analysis kat aku :
So, apa yang korang nak lagi?? Jangan nak kata aku curi traffic ok.
SEMUA traffic yang blogger-blogger kat atas tu dapat datang dari KORANG SEMUA!
BAGAIMANA SISTEM INI BERFUNGSI??
Traffic yang masuk ke blog aku akan aku share ke semua blogger yang letak banner aku, lebih ramai yang share banner aku, lebih banyak traffic masuk dan lebih tinggi traffic yang korang dapat.
Tak paham lagi ?? Ni aku bagi contoh.
Blog A – Aku
Blog B – Blogger 1
Blog C – Blogger 2
Apabila Blog C melawat Blog B yang letak banner aku, Maka Blog A juga turut mendapat traffic. DAN, Apabila Blog A mendapat traffic, dia akan memberi traffic kepada Blog C juga!!
So, kat sini SIAPA YG CURI TRAFFIC? BLOG A atau BLOG C?? Aku rasa semua dapat untung.
Kenapa yang menjadi mangsa adalah Blog A? Kenapa tak salahkan Blog C? Blog C dapat jugak traffic!!
Hey, Korang sendiri TAK PAHAM macam mana system ini berfungsi sila jangan tuduh aku yang bukan-bukan ok! Noob..
Pasal Get Backlinks?
Macam yang korang tahu pasal banner tu, dah nama pun get backlink, korang akan dapat backlink dari aku. Sapa noob tak tahu backlink tu apa pergi search kat google. Aku bagi backlink kepada semua yang exchange link dengan aku, kenapa kata aku tipu pulak? Korang tu yang sendiri tak paham pasal backlink jangan buat andaian bodoh kat sini ok.
Di dalam banner itu, Penggunaan frame itu adalah sebagai “add on” sahaja yang juga turut memberi manfaat kepada Blogger yang exchange link dengan aku. Bukan sahaja mereka dapat BACKLINK dari aku, mereka juga dapat TRAFFIC. Terang-terang aku cakap aku tak janji bagi traffic, tapi aku memang bagi Backlink.
BACKLINK TIPU??
Hey, sebelum tuduh yang bukan-bukan tu, sila check dulu ok! Macam-macam cara aku bagi backlink kat blogger, aku letak link mereka di dalam entry blog, aku letak link mereka kat sidebar, TAK CUKUP lagi ke?? Korang ingat senang ke nak manage benda tu semua? Tiap-tiap malam aku tido lewat buat benda ni korang apa taw ?
Kalau korang tak percaya, sila copy link blogger yang exchange link dengan aku dan search kat Google, kalau muncul link tu dalam blog aku maknanya dia dapat backlink dari aku.
Sila Right Click dan Open in New Tab Link kt Bawah Ni:
1. syuk6692.blogspot.com
2. cerytara.blogspot.com
3. atiqahchomel.blogspot.com/
Korang open in new tab link2 kat atas ni, mereka ni adalah orang yang exchange banner dengan aku. Cuba tengok, ada tak keluar Blog aku? Blog aku Pagerank 3 la, majoriti orang yang exchange link dengan aku akan keluar blog dia kat first page Google. Bukan nak berlagak, tapi ini BUKTI aku bagi BACKLINK!!
Kat sini aku nak tunjuk kat korang siapa antara Blogger Otai yang sama mcm aku.
Ohdaus
Blogger ini juga menggunakan teknik yang sama. Aku belajar benda ni pun dari dia. Aku belajar sendiri ok. Di dalam entrynya bertajuk AKU NAK BAGI KORANG TRAFFIC , jelas mengatakan dia ingin memberikan traffic kepada sesiapa yang exchange banner dengan dia. Blog OhDaus ni ada ahli seramai 120+ orang dan memang benar dia memberikan aku traffic, Thanks Daus !!
Malangnya Daus tidak memberikan backlink berkualiti macam aku, dia letak link blogger aku dalam entry je, tu pun tak di-hyperlink-kan untuk control outbound link dia. Nice job bro.
Yiedpozi
Jika korang lihat Widget Blogwalking yang digunakan oleh Yiedpozi, ada tertera penggunaan iframe yang di-link-kan pada website dia (Yiedpozi.info). Tetapi Yiedpozi bijak kerana menggunakan Widget itu di websitenya. Secara tak langsung, sesiapa yang ambil widget itu akan memberi traffic kepada Website Yiedpozi ! Dah tu korang nak cakap Yiedpozi curik traffic ker ?? Apa-apa pun Widget Blogwalking dia best dan menarik boleh la korang gunakan untuk senang berblogwalking!
JT Blogger
JT Blogger juga sama macam aku, dia juga memberi traffic kepada Blogger yang ambil banner dia. Tak boleh nak bagi bukti sebab dia tak approve aku lagi. Tapi memang dia bagi traffic, kalau korang check komen2 dia, ramai mengatakan dah dapat traffic. So, tak salah kan kalau kita bagi traffic dan dapat traffic??
*Aku mintak maaf kepada semua blogger-blogger kat atas, aku tahu korang semua blogger otai, aku blogger noob, newbie, beginner je. Tapi kita perlu share benda ni kat semua orang ok. Sebenarnya ramai lagi blogger yang buat cara ni. Pandai-pandai la korang cari dan nilai sendiri.
RISIKO AKU :
Dah 3 tahun aku dalam dunia Blogging ni. Kejap aktif kejap tak. Dengan susah payah baru aku dapat Pagerank 3. Bagi sesiapa yang tak tahu, memberi terlampau Backlink atau Outbound link mampu menjejaskan Pagerank kita. Aku dah buat research dan memang betul terbukti. So, kat sini aku berisiko tinggi memberikan backlink yang banyak kepada orang yang exchange link dengan aku kerana aku berisiko hilang PAGERANK 3 ni.
PESANAN AKU.
Kepada sesiapa yang exchange banner dengan aku dan tak suka dengan banner tu, korang boleh remove kalau nak. Aku tak kesah. Lagipun pening kepala nak manage ramai-ramai ni. Biarlah 10-20 orang je dapat traffic. Senang sikit kerja aku nak beri traffic pada orang. Lagipun buat apa aku tolong blogger lain, aku bagi backlink, aku bagi traffic, tapi macam ni pulak jadinya.
KESIMPULANNYA
Penggunaan frame ni sebenarnya WIN-WIN situation. Aku dapat traffic, korang pun dapat traffic. Apa salahnya dengan banner frame tu ? loading lambat ? hilang ke traffic ko tu ? Dah korang yang nak sangat dapat traffic tu kena la berkorban sikit. Ramai blogger yang tahu pasal benda ni dan still nak exchange banner sebab nak dapat traffic. Kalau aku jumpa blogger yang buat macam ni pun aku sure nak join lagi, siapa taknak trafic kan ? Biarlah cara apa sekalipun kita guna, yang penting dapat traffic dan backlink.
*Siapa taknak traffic free? Cuba bayangkan kalo dapat BE Nuffnang dan traffic korang tinggi.. Best tu… =D


No comments:
Post a Comment