
Di sini, aku ingin meminta maaf kepada semua Admin, Moderator dan Ahli2 Bloggers Chat Room (B.C.R) di atas entry aku yang lepas bertajuk B.C.R Curi Duit Blogger Tiap Bulan.
Aku dah pun DELETE entry itu.. Aku minta maaf di atas entry aku yang telah menimbulkan kemarahan kepada semua orang yang terlibat dengan BCR.
Aku bersalah kerana tidak menyelidik terlebih dahulu tentang BCR ni. Selepas setengah hari aku spend masa kat BCR, aku baru paham tentang BCR. Ahli-ahlinya sungguh sporting dan peramah. Memang seronok melihat gelagat member2 yang tak henti-henti buat lawak.
Ramai juga yang meminta pendapat tentang masalah blog yang mereka hadapi. Dan blogger2 di BCR juga tak lokek ilmu untuk membantu mereka. Ada yang tolong buat header pun ada. Ramai yang meminta pendapat blogger2 lain tentang blog mereka. Menjemput ahli-ahli yang sedang online untuk membaca entry terbaru mereka. Tak lupa juga blogger yang mengalami masalah tentang blog dan kehidupan masing-masing. Senang kata, BCR ni memang sempoi habis la.
Baru aku paham kenapa ramai blogger sudi menjadi sponsor. Bukan kerana trafik, bukan kerana ditipu, tetapi kerana meraka rasa BCR tu dah macam ahli keluarga mereka sendiri. Mengikut komen2 yang aku dapat dalam entry lepas, aku boleh buat kesimpulan yang mereka sayang akan BCR.
Aku sendiri terhibur melihat gelagat orang2 di BCR ni. Ada2 je kerenah dorang. Di tambah dengan emoticon-emoticon yang menarik membuat chatting di BCR semakin menarik. Aku nak join chat tapi segan sebab dah buat hal. So duduk diam2 kat penjuru je. hu3.
Akhir kata daripada aku, aku sekali lagi meminta maaf kepada semua yang terlibat dengan BCR. Bro JT, Adamxis, FariqScorpio, Erin, FarhanAj, SyedGraphix dan semua orang, aku minta maaf ye.. Aku sedar aku buat silap dan aku menyesal akan kesilapan aku. Entry itu telah pun aku delete dan aku pun dah minta maaf dan buat entry ni sekali. Aku harap lepas ni tak ada la gaduh2 lagi. Terpulang la pada blogger sekalian untuk memaafkan aku atau tidak.. Terima kasih.

No comments:
Post a Comment