Yes! akhirnya genap jugak follower aku seramai 300 orang. Terima kasih tak terhingga yang sudi follow aku ye.. Tapi aku takda la pulak buat kontest follower macam MatNagger tu. Duit xda, sapa nak sponsor silakan. :P
Ok, fine.. aku taw follower korang beratus-ratus, beribu-ribu, ada tu berpuluh ribu macam blog Haniz Zalikha tu.. Aku ni baru follower 300 dah jakun. Ha3. Tapi lantak la. Setelah dekat setahun aku tak aktif berblogging ni akhirnya aku buat come back ke dunia blogging ni dengan entry-entry terbaru dan menarik. :)
Follower Dapat Backlink??
Korang tahu tak yang kita pun boleh dapat sedikit backlink daripada rakan blogger yang follow kita. Aku pernah jumpa blog aku dalam link follower blogger tu. Bukan kat blog dia la. Tapi dekat Blogger Profile dia. Kalo korang tengok blogger profile kan ada "Blog I Follow". Tak sangka boleh link aku dalam tu bila Search kat Enjin Carian Google. Aku lupa plak nak print screen, cari balik tak jumpa dah.
So, bagi siapa-siapa yang off "Blog I Follow" tu sila la on ok. Dapat bagi backlink kat blog-blog yang kita follow.
Cara Dapat Backlink Mudah.
1. Join Get Backlinks.
Ni projek Exchange link aku sebenarnya. Dengan meletakkan banner Get Backlist korang akan dapat traffic boost dan juga backlink dari blog aku. Blog aku Pagerank 3, aku tak kedekut nak exchange link. Semua orang boleh join. Aku akan letak link blog korang kat beberapa tempat dalam blog aku. Aku harap dapat memberi backlink kat korang semua. Klik sini untuk join Get Backlinks
2. Komen di Blog DoFollow.
Korang boleh baca entry aku pasal DoFollow ni kat sini. Jadikan Blog Anda Do Follow Untuk Bina Backlink Automatically. Dengan memberi komen kat blog-blog yang buat DoFollow ni korang akan dapat backlink dengan mudah. Blog aku ni DoFollow, rajin-rajin la komen ye. :)
Korang boleh gunakan Google Search DoFollow untuk cari blog-blog yang DoFollow. Tak tau kenapa tak jumpa blog aku. Maybe baru tukar dofollow kot. Tak tersenarai lagi kat Google.
Ok la, sampai sini je entry kali ni. Korang boleh juga check entry-entry aku yang lain tentang cara untuk Tingkatkan Traffic dan Pagerank.

No comments:
Post a Comment