
Aku akui memang aku kurang sikit dengan bola sepak Malaysia ni. Tapi selepas menyaksikan perlawanan Malaysia dengan Laos semalam, ternyata skuad bola sepak negara semakin hebat!
Pemain pertahanan diorang memang terer. Semua serangan Laos berjaya dipatahkan. Pemain penyerang pula, walaupun agak slow, tetapi diorang berjaya juga menjaringkan 3 gol. Dan semua gol yang dihasilkan sungguh cantik dan hebat. Tak macam dulu, gol biasa-biasa je. Ha3.
Yang aku paling suka time tengok bola tu ialah dengar pengulas dia cakap. Kelakar gler. Ayat dia memang power. Kadang-kadang power sangat sampai aku blur. Contoh ayat yg aku ingat:
- Bola dapat dirampas oleh pemain muda Laos yang berusia…..(senyap jap)… dua puluh tiga (dengan nada slow dan xyakin).
- Pemain bola sepak Malaysia akan ke bilik persalinan selepas ini…… Mungkin untuk menjaringkan satu lagi gol. (ha??)
Well, yang penting Skuad bola sepak negara berjaya ke final. Mutu bola sepak negara sudah semakin baik. Tahniah untuk mereka. Aku bangga menjadi anak Malaysia!
yupppppp
ReplyDelete