Seperti yang kita semua tahu, Exchange Links adalah penting untuk meningkatkan traffic blog dan juga pagerank. Apabila kita bertukar link (exchange link) dengan blogger lain, kita akan mendapat backlinks dari blog itu. Dan sememangnya backlink dari blog berpagerank tinggi mampu meningkatkan kualiti blog korang.

So, apa dia kesilapan Para Blogger lakukan ketika membuat Exchange link? Terdapat pelbagai cara Blogger membuat exchange link dan yang kesilapan yang paling besar adalah dengan menggunakan widget Mister Linky.
Aku pelik la, kenapa ramai blogger yang guna Mister Linky untuk Exchange Links?? Mister Linky ni BUKAN untuk exchange link. Diulangi sekali lagi.. BUKAN!
Kalau korang nak tahu, Mister Linky ni :
- Tidak menjana Backlinks!
- Tempat orang spam link blog!
- Tidak memberikan traffic kepada blog anda!
BUKTI / EVIDENCE
Korang boleh lihat gambar kat bawah ni. Ini page source blog aku. Macam ni lah serba sedikit apa yang Google Bot akan nampak bila masuk blog korang. Kalau korang tengok kat gambar Mister Linky aku kat atas tu, aku dah letak link blog aku tapi apa yang Mister Linky ada hanyalah code widget dia sahaja!! Maka sia-sia je letak link dalam Mister Linky.
So, mana link blog aku??? Gambar diatas adalah bukti Mister Linky tidak menjana Backlink! Ini bukan cara yang betul untuk exchange link.
CARA TERBAIK UNTUK EXCHANGE LINK!
Cara yang terbaik untuk Exchange Links, Bertukar Links, Link Exchange adalah dengan meletakkan URL Blog yang ingin bertukar link di SIDEBAR. Dah nama pun Blog List, so letak la kat situ. Yang korang tu pandai-pandai pergi guna Mister Linky watpe??
BUKTI
Kalau korang tengok sidebar kat tepi ni ada 4 widget Blog List iaitu Exchange Link, Blogger Friend, Ipsahan, Upsi Blogger. Aku amek 1 contoh la, Blog List 4. Dalam tu ada blog Orang Perlis Menulis. Url dia ialah http://cikgumanstation.blogspot.com.
Lihat gambar kat atas tu. Dalam page source blog aku ada link Cikgu Man tu. Dan yang paling penting sekali ialah ada link LATEST POST dia. So, secara tak langsung, Cikgu Man ada 2 backlink dari aku.
Kesilapan Kecil
Ada juga blogger yang buat entry khas sendiri di mana mereka letak semua senarai blog di dalam entry post mereka. Cara ini tidak salah tetapi kurang efficient kerana tidak dapat backlink kedua iaitu latest post macam kat atas tu.
Yang kedua, Link di dalam entry akan hilang bila entry-entry baru masuk. Dia akan masuk kat Older Post. So, kemungkinan traffic tu kurang tapi backlink still ada. Lagipun korang lawat / klik ke senarai blogger melambak-lambak dalam satu page tu? kalau banner maybe la sebab menarik. Tapi link text? Tipu kalo korang ada klik.
Kesimpulan:
Sekian sahaja Tips daripada aku. Kat sini aku letak widget Mister Linky. Ini bukan exchange link. Tapi letak la URL korang kalau nak. Tapi kalau nak Exchange Link cara betul sila la hantar message kat inbox Facebook aku. Tinggal jejak kat chatbox pun boleh, tapi xjanji la aku nampak.. :D
Aku habiskan masa dekat 4 jam kot mengkaji dan menulis entry ni. Sila la "Like", Comment atau Share kat Facebook entry ni. Baru la si penulis ni rasa "dihargai". Terima Kasih. =P





